Featured Post

9 Tips ketika menjalankan perniagaan internet

Artikel untuk hari ini, Kain Cotton Vietnam dot com ingin berkongsi tips khas bagi mereka yang menjalankan atau mempromosikan perniagaan melalui internet. Memang tidak dinafikan sekarang, ramai menggunakan internet untuk melakukan perniagaan setiap hari. Namun, hanya sedikit sahaja yang berjaya dalam...

Read More

3 rahsia untuk membuat pekerja gembira

Posted by admin | Posted in Kain Cotton Vietnam | Posted on 27-02-2014

Tags:

0

 

Kegembiraan dalam pekerja juga penting untuk diberi perhatian oleh pengurus syarikat agar pekerja merasa selesa ketika melaksanakan tugasan. Selain itu, ia juga akan memotivasikan dan menambahkan semangat bekerja di kalangan pekerja untuk melaksanakan tugas dengan efektif serta menepati masa. Oleh yang demikian, kebajikan dan keperluan pekerja harus diberikan oleh majikan agar mereka gembira dengan kelebihan yang mereka perolehi di syarikat anda. oleh yang demikian, berikut merupakan antara rahsia untuk membuat pekerja gembira iaitu:

1.   Penyelia yang prihatin

Pekerja akan gembira jika mempunyai penyelia yang mementingkan kebajikan dan kemudahan pekerja. Oleh yang demikian, penyelia hendaklah membuat pemerhatian dan menganalisis keperluan pekerja agar mereka semakin rajin dalam membuat tugasan. Selain itu, penyelia yang baik akan mendengar luahan atau aduan daripada pekerja mengenai masalah mereka di dalam pekerjaan. Dengan bantuan yang diberikan, pekerja akan merasa lebih dihargai dan gembira kerana mendapat pertolongan daripada syarikat tersebut.

9 perkara yang memotivasikan pekerja lebih daripada wang

Posted by admin | Posted in Kain Cotton Vietnam | Posted on 26-02-2014

Tags:

0

 

1.   Memberikan pujian

Sebagai seorang usahawan, anda hendaklah bermurah hati untuk memberi pujian kepada pekerja. Tambahan lagi, memberi pujian bukan lah perkara yang sukar malah ia adalah antara paling mudah sebagai tanda penghargaan anda kepada pekerja. Apabila pekerja anda membuat peningkatan dan pembaikan maka mereka wajar diberi pujian. Pujian akan menyebabkan pekerja merasa selesa bekerja dengan anda dan rasa dihargai.

 2.   Menyingkirkan pengurus

Dengan mengeluarkan ketua projek atau penyelia dan memperkasakan kaki tangan anda untuk bekerjasama sebagai satu pasukan adalah lebih baik daripada menyuruh seseotrang individu melakukan tugasan. Hal ini bermaksud adalah lebh baik jika bekerjasama dalam melakukan tugasan dalam satu pasukan. Oleh itu, projek yang hendak dihasilkan dapat disiapkan dengan cepat.

3.   Lakukan idea mereka

Kebanyakan orang tidak suka diberitahu apa yang harus mereka lakukan. Oleh itu, lebih baik menanyakan apa yang mereka mahu lakukan. Hal ini kerana cara tersebut akan membuat pekerja datang daripada idea sendiri. Sebagai contoh” Saya mahu anda untuk melakukannya dengan cara ini” bertukar menjadi “Adakah anda fikir ia merupakan idea yang baik jika melakukan dengan cara ini”.

4.   Tidak mengkritik atau memperbetulkan

Hal ini kerana, pekerja tidak mahu mendengar jika mereka lakukan tugasan dengan salah. Namun, tidak semestinya anda tidak boleh menegur tetapi lakukannya dengan cara memberi motivasi seperti mencuba pendekatan yang membolehkan pekerja membaiki dan belajar dari kesilapan mereka. Oleh itu, anda lebih tahu cara jalan penyelesaian yang terbaik daripada hanya tahu menuding jari.

5.   Menjadikan pekerja sebagai ketua

Anda harus menggalakkan pekerja menyerlah kekuatan mereka dengan menunjukkan prestasi yang baik dalam membuat tugasan. Hal ini bertujuan untuk memotivasikan mereka di mana juga mampu menjadi cemerlang dan menjadi contoh kepada pekerja lain.

6.   Belanja makan sekali seminggu

Anda boleh membuat kejutan kepada mereka dengan menjemput pekerja untuk makan tengah hari bersama anda. cara ini adalah antara yang paling mudah untuk memastikan pekerja rasa dihargai ketika mlakukan tugasan dan tidak dilupakan.

7.   Memberikan pengiktirafan serta ganjaran

Pengiktirafan dan ganjaran boleh diberikan dalam pelbagai bentuk. Anda boleh memberi penghargaan ketika mesyuarat berlaku dengan menunjukkan prestasi yang telah dicapai oleh pekerja tersebut. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran kecil kepada pekerja yang berkhidmat seperti belanja makan malam, spa atau memberikan sijil.

8.   Membuat parti atau jamuan

Anda boleh melakukan jamuan untuk syarikat anda agar semua pekerja dapat berkumpul dan meraikannya. Contohnya anda boleh menganjurkan parti harijadi dan jamuan tahunan syarikat di lokasi yang menarik di mana parti tersebut akan membuatkan semua orang gembira ketika itu.

 9.   Kongsi ganjaran dan kesakitan

Jika syarikat anda berjaya melakukan dengan baik, adalah lebih baik jika anda meraikannya. Hal ini bertujuan untuk membirkan semua pekerja syarikat bersyukur bahawa kerja keras mereka tidak sia-sia. Namun, jika prestasi syarikat menurun, anda akan berkongsi kekecewaan bersama pekerja. Jika anda mengharapkan prestasi syarikat semakin tinggi, adalah lebih baik anda memberitahu pekerja di mana syarikat anda berdiri secara telus dan jujur.

———————————————————————————————————————————————————

“Anda dijemput berkunjung ke >> http://kainpasang.com untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kain cotton vietnam yang murah dan cantik serta dapatkannya dengan harga borong.”

——————————————————————————————————————————————————–

10 Panduan pemasaran di Facebook

Posted by admin | Posted in Kain Cotton Vietnam | Posted on 05-02-2014

Tags:

0

1.   Profil Facebook
Dengan mewujudkan profil untuk diri sendiri atau perniagaan anda, ia akan menunjukkan identiti anda. Selain itu, ia akan mewujudkan hubungan dengan pengguna dan rakan facebook anda dalam mengenalkan perniagaan anda kepada mereka.

2.   Gambar profil
Meletakkan gambar yang sesuai untuk menggambarkan perniagaan yang anda lakukan. Gunakalah gambar yang dapat menarik pengguna facebook untuk mengenali produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

3.   Fanpages
Ia merupakan laman yang paling penting dan direka untuk perniagaan, jenama, syarikat, produk dan hiburan. Ia membolehkan ramai masyarakat mengikuti perkembangan mereka melalui fanpages. Anda boleh menggalakkan pengguna untuk menjadi peminat halaman fanpages anda dengan berkongsikan maklumat seperti gambar, video, perbincangan dan sebagainya.

Panduan untuk memulakan perniagaan kecil di internet

Posted by admin | Posted in Kain Cotton Vietnam | Posted on 05-02-2014

Tags:

0

1.   Fokus kepada perkara yang penting
Dalam perniagaan, tindakan adalah perkara utama yang harus dilakukan. Tanpa tindakan perniagaan hanya akan menjadi sia-sia. Selain itu, anda tidak perlu terperangkap dengan butir-butir yang tidak penting seperti membuat kertas kerja atau kad perniagaan. tambahan lagi, anda melakukan perniagaan secara online oleh itu ia akan menjimatkan masa, kertas dan wang untuk membeli kad perniagaan. jika ada yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan anda boleh berinteraksi dengan mereka melalui e-mel untuk tindakan susulan.

2.   Melabur dalam pendidikan
Pelbagai perniagaan yang anda boleh mulakan seperti blog, jualan ebay, pemasaran affiliate dan sebagainya. Oleh itu, ramai daripada usahawan yang berjaya telah berkongsi tentang apa yang mereka lakukan untuk menjadi seorang yang maju dalam perniagaan. oleh itu anda tidak perlu takut untuk melabur wang ke dalam produk mereka seperti membeli ebook yang telah ditulis oleh mereka. Perkara yang penting adalah anda mempunyai kemahiran dan melalui pengetahuan anda akan dapat meningkatkan kemahiran anda untuk berniaga dalam internet.

5 Cara menggunakan jaringan dalam mengembangkan perniagaan

Posted by admin | Posted in Kain Cotton Vietnam | Posted on 04-07-2013

Tags:

0

Jaringan penting untuk diaplikasi dalam sesebuah perniagaan. Hal ini kerana melalui jaringan kita dapat merujuk atau mendapatkan nasihat daripada golongan yang berada di dalam jaringan tersebut. Namun, untuk mendapatkan maklumat atau memohon bantauan daripada jaringan lain memerlukan insiatif yang sesuai. Berikut merupakan panduan yang boleh digunakan oleh ahli jaringan anda iaitu:
1. Sebelum anda meminta sesuatu, berikan sesuatu
Hal ini bermaksud, kita memberikan sesuatu untuk memudahkan perhubungan jaringan dibina. Sebagai contoh kita merupakan pembekal kain cotton vietnam dan kita ingin mengadakan jaringan dengan pengedar. Kita boleh memberikan mereka tawaran harga istemewa ketika membeli produk yang ditawarkan dengan kuantiti yang banyak. Namun, adalah lebih baik jika ia dimulakan dengan membina modal sosial iaitu membina perhubungan komunikasi yang baik di antara satu sama lain. Tambahan lagi, kepercayaan adalah penting dalam perhubungan jaringan.

7 Panduan untuk “Jualan Psikologi”

Posted by admin | Posted in Kain Cotton Vietnam | Posted on 20-06-2013

Tags: ,

0

Terdapat banyak penulisan dan guru pemasaran yang mengajar idea mudah mengenai psikologi. Mereka menegaskan bahawa orang boleh difahami serta boleh dimanipulasi dengan mendorong dan mengetahui keperluan mereka. Berikut merupakan beberapa tips asas psikologi yang terlibat dalam jualan:
1. Manusia membuat keputusan melalui emosi
Hal ini bermaksud kebanyakan emosi membuat keputusan berdasarkan perasaan, keperluan atau emosi. Itulah sebabya faedah tidak ketara adalah kunci kepada pujukan.

2. Mewajarkan keputusan dengan fakta
Ia dapat dilihat melalui situasi dimana seorang lelaki melihat iklan gambar sebuah kereta sukan dan terus suka kepada kereta tersebut. Namun, lelaki tersebut tidak boleh membeli kereta tersebut mengikut perasaan kerana beliau perlu mengetahui maklumat, butiran teknikal enjin, ciri kesalamatan dan lain-lain yang terdapat dalam kereta tersebut. Hal ini bermaksud, pelanggan hanya akan membeli jika pembelian tersebut adalah rasional.

Panduan menjual produk melalui internet

Posted by admin | Posted in Kain Cotton Vietnam | Posted on 09-06-2013

Tags:

0

Sebagai seorang usahawan anda hendaklah mengetahui produk yang anda jual, anda menjual kepada siapa dan mengetahui persaingan anda. Jika anda mempunyai produk yang unik dimana anda hanya mempunyai tiada atau sedikit pesaing anda pasti peluang untuk pasaran juga sangat tinggi. Berikut merupakah langkah untuk menjual produk melalui internet:
• Apa yang anda jual
Sebelum anda betindak untuk membuat reka bentuk, laman web, risalah atau persembahan, anda hendaklah mengetahui dan analisis produk atau perkhidmatan yang bakal anda tawarkan. Hal ini bermaksud, anda haruslah pastikan produk anda memang boleh dijual melalui internet dan dapat memudahkan pelanggan anda untuk membelinya tanpa perlu pelanggan pergi ke kedai.

• Mengetahui sasaran pelanggan anda
Beberapa syarikat menjual produk atau perkhidmatan yang dapat digunakan untuk setiap demografi untuk memenuhi niche tertentu. Sebagai contoh jika anda menjual kain cotton vietnam atau peralatan kosmetik, sasaran pelanggan adalah lebih kepada wanita. Oleh itu, anda perlu pastikan produk anda berada di kategori mana agar anda lebih mudah mencapai sasaran pelanggan anda.

3 Tips mewujudkan kepercayaan pelanggan

Posted by admin | Posted in Kain Cotton Vietnam | Posted on 03-06-2013

Tags: , ,

0

Membina kepercayaan pelanggan merupakan perkara yang penting dalam sesebuah perniagaan. Ia mewujudkan kepercayaan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan anda. Selain itu, melalui kepercayaan perhubungan juga dapat diwujudkan dan perniagaan mempunyai potensi untuk berkembang dari semasa ke semasa. Tambahan lagi, dalam membina kepercayaan pelanggan perlu percaya tiga perkara mengenai syarikat anda iaitu kepentingan di hati, anda mampu menunaikan janji serta anda bersifat jujur dan sahih.

Berikut merupakan langkah menanam kepercayaan dalam diri pelanggan iaitu:
1. Menumpukan tugasan dengan baik
Kebanyakan syarikat bimbang sama ada mereka mampu memperolehi kepercayaan atau sebaliknya daripada pelanggan. Oleh itu, untuk mewujudkan kepercayaan tersebut perlu dilaksanakan melalui pengurusan yang sistematik. Pengurus dan ahli syarikat perlu komited terhadap kerja yang dilaksanakan untuk menghasilkan produk dan servis yang mempunyai jenama serta berkualiti. Hal ini kerana melalui produk yang baik, potensi untuk membuat pelanggan percaya terhadap kebolehan perniagaan anda juga tinggi.

Panduan kepada pemilik perniagaan pertama

Posted by admin | Posted in Kain Cotton Vietnam | Posted on 26-05-2013

Tags: , ,

0

Pelbagai cabaran dan halangan akan ditempuhi oleh usahawan atau pemilik perniagaan ketika mereka mengendalikan perniagaan yang pertama. Oleh yang demikian, berikut merupakan panduan yang boleh membantu mereka menerajui perniagaan:
• Fokus
Kebanyakan usahawan kali pertama merasakan setiap peluang yang ada perlu dibuat dengan cepat. Namun pastikan anda tidak mengambil peluang yang hanya memberikan kesan negatif kepada perniagaan. Adalah lebih baik jika anda menumpukan dahulu kepada konsep perniagaan yang anda mahu capai sebelum melompat ke peluang yang lain.

• Tahu apa yang anda lakukan. Lakukan apa yang anda tahu
Elakkan daripada memulakan perniagaan kerana melihat ia mempunyai pulangan yang lumayan. Lebih baik melakukan perniagaan yang anda suka kerana ia akan menjadi kekuatan dan melalui kemahiran anda, anda akan mempunyai potensi untuk berjaya dalam perniagaan. Malah, ia akan menjadi perniagaan yang menguntungkan dan berkembang dari semasa ke semasa.

5 Tips untuk berjaya dalam perniagaan internet

Posted by admin | Posted in Kain Cotton Vietnam | Posted on 06-05-2013

Tags: ,

0

Artikel hari ini, Kain Cotton Vietnam dot com ingin berkongsi kepada anda beberapa tips untuk berjaya dalam perniagaan internet. Tidak kiralah samada anda menjual produk kain cotton borong, kain pasang atau sebagainya. Cubalah baca beberapa tips ini;

1. Kenal pasti sasaran
Anda hendak mengetahui dengan teliti sasaran anda untuk memasarkan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Sebagai contoh, eBay merupakan laman web yang memudahkan pengguna melakukan urusan jual beli. eBay menyedari bahawa penjual dan pembeli memerlukan ruang untuk berusan. Oleh itu laman web eBay membantu mereka dengan mewujudkan perkhidmatan platform tersebut. Dalam erti kata lain, sasaran eBay adalah penjual dan pembeli.