Featured Post

9 Tips untuk menjadikan perniagaan berkembang

Artikel hari ini, Kain Cotton Vietnam dot com ingin memberi sedikit tips kepada mereka yang ingin mengembangkan perniagaan serta menjadikan bisnes anda mencapai matlamat dengan cepat. Beberapa tips yang sempat saya kongsikan kepada anda; 1. Mempunyai organisasi Sebagai langkah mengejar kejayaan dalam...

Read More

10 Langkah bermula daripada idea kepada perniagaan

Posted by admin | Posted in Kain Cotton Vietnam | Posted on 03-05-2013

Tags: , , ,

0

Artikel hari ini, Kain Cotton Vietnam dot com ingin berkongsi kepada anda bagaimana merealisasikan idea bisnes anda berjaya. Idea merupakan hasil ilham yang kita fikirkan. Idea yang kreatif dan bernas boleh menjadikan idea tersebut menjadi realiti. Berikut merupakan langkah bermula daripada idea kepada perniagaan:

1. Datang dengan idea
Pilih idea yang sesuai mengikut keinginan anda, matlamat, kekuaran, sumber dan toleransi terhadap risiko. Namun, anda perlu tahu bahawa idea awal hanyalah hipotesis.

2. Berfikir melalui semua sudut
Anda hendaklah menilai peluang seperti pelaburan yang akan diambil dan cara analisis objektif. Selain itu, kenal pasti pelanggan dan keperluan mereka. Seterusnya mengetahui peluang anda, hak masa dan tempoh untuk melaksanakannya. Sudut lain adalah sepeti model perniagaan dan rancangan perniagaan adalah cara yang baik untuk mengetahui semua keperluan asas perniagaan anda.

Strategi pemasaran produk

Posted by admin | Posted in Kain Cotton Vietnam | Posted on 02-05-2013

Tags: , , ,

0

Membangunkan strategi pemasaran produk merupakan perkara yang mencabar terutamanya apabila ingin memasarkan produk dalam pasaran dan melancarkan produk baru. Oleh itu, perlaksanaan pemasaran yang profesional harus bermula dengan membuat rancangan pasaran agar memudahkan melakukan kajian, mengumpul maklumat dan mengatur persembahan. Berikut merupakan cara membuat strategi pemasaran produk dengan berkesan:

1. Misi
Ketahui misi pasaran produk anda dengan menyeneraikan misi korporat, objektif pembuatan, objektif pembangunan produk dan objektif pemasaran. Oleh itu ia akan memudahkan anda untuk membuat perancangan yang rapi dengan mengetahui misi sebenar produk anda. Adakah produk anda ialah kain cotton?

2. Pelanggan
Ketahui jumlah potensi pelanggan anda, apa yang mereka mahukan, masalah praktikal yang mereka cuba selesaikan, tentukan saiz pasaran anda, apakah kepentingan pelanggan bagi anda dan cara pelanggan menggunakan produk yang berdaya saing serta kenal pasti kepuasan semasa dengan pesaing. Ia adalah bertujuan untuk mengenal pasti kehendak dan keperluan pelanggan yang sentiasa bertukar-tukar dan andalah yang akan cuba menyelesaikan masalah tersebut. Adakah kesemua pelanggan anda menyukai kain cotton?

9 Tips untuk menjadikan perniagaan berkembang

Posted by admin | Posted in Kain Cotton Vietnam | Posted on 25-04-2013

Tags: , , , ,

0

Artikel hari ini, Kain Cotton Vietnam dot com ingin memberi sedikit tips kepada mereka yang ingin mengembangkan perniagaan serta menjadikan bisnes anda mencapai matlamat dengan cepat. Beberapa tips yang sempat saya kongsikan kepada anda;

1. Mempunyai organisasi
Sebagai langkah mengejar kejayaan dalam perniagaan, anda perlu menubuhkan organisasi yang sistematik. Hal ini kerana organisasi akan membantu anda untuk melengkapkan tugasan dan melakukan perkara yang sepatutnya. Antara satu cara membuat organisasi adalah menyenaraikan tugas dan membahagikan tugasan kepada pekerja bersesuaian dengan kemahiran mereka.

2. Simpan rekod terperinci
Setiap perniagaan akan menyimpan rekod terperinci yang bertujuan untuk anda mengetahui tahap perniagaan dan tahap kewangan anda. Selain itu, anda juga boleh mengetahui cabaran yang bakal hadapi. Oleh itu, ia akan memberikan masa untuk menyusun strategi untuk mengatasi halangan yang datang kepada anda.